Kesan-kesan kesihatan dan sosial Urbanisasi

Tahap kesihatan di bandar rata-rata lebih baik dibandingkan dengan tahap yang diukur di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, penduduk miskin di kawasan bandar seperti kawasan setinggan sering mengalami masalah "tidak seimbang dari mengihdapnya penyakit, kecederaan, kematian peramatang, malah gabungan buruk kesihatan dan kemiskinan memburukkan keadaan dari masa ke semasa." Banyak warga bandar yang miskin sukar mendapatkan perkhidmatan kesihatan kerana tidak mampu membayar kos yang sepatuutnya untuk pekhidmatan sebegini, lalu mereka terpaksa bergantung kepada pembekal yang kurang layak dan tidak dikawal.

Jenayah

Jenayah dan urbanisasi saling berkaitan, di mana kawasan dengan kepadatan penduduk yang lebih tinggi cenderung adanya harta yang lebih banyak untuk diperolehi secara haram.Kesedaran yang lebih besar dari jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin sering ditunjukkan oleh media moden, di mana hal ini membawa kepada timbulnya perasaan kekurangan yang boleh mendorong kepada berlakunya kegiatan jenayah. Kenaikan kasus jenayah harta sambil menurunnya jenayah ganas sering dilihat di kawasan tertentu di mana pembangunan pesat berlaku dalam kalangan kependudukan yang berpendapatan tinggi.[10]

Rujukan

WikiPedia: Urbanisasi http://www.iht.com/articles/ap/2008/02/26/news/UN-... http://ssrn.com/abstract=1703534 http://gtresearchnews.gatech.edu/newsrelease/china... http://habitat.aq.upm.es/boletin/n21/almum.en.html http://www.epa.gov/heatisland/ http://cornerstonemag.net/urbanization-city-growth... http://academo.org/demos/night-time-satellite-imag... http://demographicpartitions.org/urbanization-2013... http://gsociology.icaap.org/report/socsum.html http://www.irinnews.org/InDepthMain.aspx?InDepthId...